Sunday, 5 March 2017

Bengkel Asas Adobe Photoshop USM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat petang,

Semalam 4 Mac bersamaan hari sabtu diakan satu Bengkel Asas Adobe Photoshop anjuran Kelab Kerja Sosial USM (KKSUSM) dengan kerjasama Kelab Sains Politik USM (KESPOL). Pengarah projek merupakan Nor Haziemah pelajar tahun 2 dan merupakan senior aku dan penceramah ialah Mohd Azamuddin Bin Azizan, JuruGrafik di HaAz Moment Picture, Graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Aku juga terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa program. Alhamdulilah, program berjalan dengan lancar dan aku juga dapat menimba banyak pengalaman selaku menjadi AJK program. Tugas tugas yang diberi memberikan kita satu pengalaman yang sangat luar biasa, dan ianya tak akan dapat dah kemudian hari.

Di samping itu, aku tidak melepaskan peluang untuk belajar, belajar dan belajar lagi mengenai Adobe Photoshop ni. Tak rugi pun kalau kita belajar, bahkan aku dapat improve lagi skills untuk guna tools yang ada di Adobe Photoshop. Bukan setakat nak edit gambar, bahkan kami juga diajar untuk buat banner, bunting dan lain lain dengan cara yang betul.

Saya sertakan beberapa gambar sepanjang program! 





Alhamdulilah. Setiap peserta diberi peluang untuk buat banner sendiri berdasarkan ajaran penceramah. Maka, inilah hasil yang dapat aku buat. Hehehehe! Alhamdulilah! 


Terima kasih kepada semua pelajar USM yang support kelab ni! Alhamdulilah. InsyaAllah, doakan semoga ada Bengkel Asas Adobe Photoshop 2.0 ni pulak. Hehehe!

Lots of love ecahh,

7 comments

5 March 2017 at 20:43

nak jugak ikut class photoshop ni cuma masa jer yang cemburu ngan aku..huhu..

6 March 2017 at 06:01

Bestnyaaaaaa

6 March 2017 at 08:26

salam aisyah.... first baca blog awak saya tercari2 jugak awak uni mana...jeng terjawab jugak...hakak jugak graduan usm..Salam perkenalan aisyhah..

6 March 2017 at 12:50

alhamdulillah, semoga ilmu yg di perolehi di manfaatkn spenuh nya =) semoga sukses slalu dear =D AMIN

8 March 2017 at 01:05

BEstnyaaaa ada bengkel photoshop ni. Alja selalu belajar guna utube je itupun tak faham T_T hihii

Anonymous
16 March 2017 at 10:14

Nice blog...nice song...visit us at
https://apaviral.blogspot.my/

Post a Comment