Tuesday, 15 August 2017

Cuti Semester

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat malam,

Bulan depan aku dah balik dah USM dan akan jalankan liku liku kehidupan sebagai pelajar tahun 2 dah. Rasa macam cepat ja masa berlalu dan lagi tiga tahun lagi dan lepastu habis dah degree. Okay bukan yang tu aku nak cerita. Hehehehehe.

Alhamdulilah, cuti ni aku habiskan masa aku dengan bisnes. Bisnes ni adalah bisnes kakak aku sendiri. Kami buat bila ada masa lapang disebabkan kakak aku sendiri pun kerja. Awal pagi dan balik kerja ja sempat dia buat. Order pun akan lebih banyak bila aku ada dekat rumah. Alhamdulilah, hasil titik peluh kami adik beradik dan mak ayah yang tak lekang dengan sokongan kami dapat berdiri sehinggi kini. Mesti nak tau apa kan? Jengg jengg!


Ha ni lah takoyaki. Kami namakan nya adalah #najwastakoyaki . Korang boleh lah search hastag tu dekat facebook, insyaAllah jumpa. Heheheh! Mulanya ingat nak bisnes suka suka ja, tapi rupanya bisnes ni sangat sangat mendapat sambutan sehingga di luar jangkaan. Syukur alhamdulilah bagi yang cintakan #najwastakoyaki ni. Bagi pembaca warga Perlis, boleh la cuba takoyaki kami ni. Hehehehe.  Bagi yang luar dan teringin boleh juga. Tapi mungkin lepasni masa available untuk order tu amik masa sikit sebab beberapa hari lagi aku akan pulang ke USM. Sedih lak rasa huhu.




Pilihan inti yang kami tawarkan adalah ayam sotong dan ketam. Harga pulak adalah serendah RM4.90/6 Biji dan untuk pack besar RM2O/25biji. Alhamdulilah. Permintaan yang sangat luar jangkaan. Huhuhuhu.

Ada yang tanya, buat bisnes ni dapat apa ja? Alhamdulilah, berkat usaha selama sebulan lebih aku dapat buat lesen kereta dan bayar cash! Alhamdulilah memang betul orang kata bila dah usaha memang akan dapat. Syukur sangat.

Hasil takoyaki ni jugak kami dapat beli peti ais baru. Tanpa bisnes ni mungkin kami tak mampu lagi untuk beli peti ais yang kini harga dia mencecah ribuan ringgit. Syukur Ya Allah. Dengan bisnes ni jugak aku dapat vocay dengan kawan kawan baru baru ni. Alhamdulilah. InsyaAllah usaha selebihnya untuk simpanan belajar di USM kelak.

Ada yang tanya, macam mana boleh sampai tahap ni. Satu ja dalam bisnes ni. Ingat big why apa kita bisnes. Kalau semata mata nak untung, memang susah. Bila kita letak big why kita nak tolong mak ayah atau sapa sapa, insyaAllah berkat usaha tu berbuah hasil. Big why tu penting sebab kita dapat betulkan niat kita. Ada yang takut untuk sedekah. Percayalah sedekah tu takkan bagi kita miskin malah sedekah tu pembuka pintu rezeki. Percayalah peracangan Allah.

Dalam bisnes kena kental jiwa dan minda. Jangan mudah iri hati dengan orang lain malah jadikan mereka sebagai idol kita untuk mengorak langkah terus ke hadapan. Allah akan bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita nak. Cari balik apa itu Big Why kita dalam Bisnes. Tepuk dada tanya iman!

Lots of love ecahh,

5 comments

15 August 2017 at 22:57

Alhamdulillah...moga ecah dan kakak terus success ya..janji Allah pasti..rezeki tidak pernah silap alamat.teruskan bersyukur.

16 August 2017 at 03:31

bestnyaa jual takoyaki,,puas boleh makan sendiri jugak !
semoga dimurahkan rezeki bisnes :)

16 August 2017 at 12:50

moga perniagaan takoyaki ni dpt berkembang smpai penang nah nnti anis nak beli >.<

16 August 2017 at 13:17

teringin kowt nak amkan takoyaki TT^TT

17 August 2017 at 11:08

Sedapnya takoyaki

Post a Comment